Saturday, November 27, 2010

Home

Pendahuluan
MESTRE MEDIA lahir di tengah-tengah arus IT dan digital globalisasi yang melanda dunia sejagat. MESTRE MEDIA menyahut cabaran tersebut dengan memperkenalkan program dari sudut perkhidmatan pengurusan dan persembahan, sebaran ilmiah dan praktikal beladiri serta menjadi sumber rujukan dalam industri penerbitan filem dan drama aksi melalui layar perak.

MESTRE MEDIA cuba membuktikan kepada semua bahawa apa juga bentuk urusan boleh dilaksanakan sekiranya kita memiliki keinginan, cita-cita, kemahiran dan pengetahuan. Oleh itu, lahirlah MESTRE MEDIA secara unik dan praktikal yang bakal memberi impak pada Malaysia!


Misi MESTRE MEDIA
"Membekal, mengembang, memberi info samada teori mahupun praktikal melalui perkhidmatan yang disediakan oleh kami dengan mantap, disiplin dan berkualiti disamping memberi penekanan dalam penyebaran ideologi melalui pengurusan acara, program beladiri dan penerbitan filem aksi atau drama TV yang unik, mapan, cekap kreatif dan intelek."


Objektif Utama MESTRE MEDIA
" Mengadakan program seminar atau bengkel bagi menggalakkan dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan penghargaan terhadap seni beladiri di kalangan warga korporat dan masyarakat umum." 

" Mengeluarkan filem-filem aksi yang berkualiti dan lain pada yang lain bagi mewujudkan khazanah sumber rujukan yang lengkap dan suai manfaat kepada industri filem tempatan buat julung kalinya." 

" Memberikan khidmat pengurusan dan persembahan yang mantap untuk pelbagai majlis atau acara sejajar dengan kebolehan dan kemahiran pihak kami."

" Menghasilkan khidmat pengiklanan dan penerbitan yang kreatif dan inovatif untuk pelbagai rekaan dan penampilan melalui kerja grafik, penulisan kreatif dan on-line promo."


Info Syarikat
Nama Syarikat   :  Mestre Media
No. Pendaftaran   :  001959612-T
Alamat Syarikat   : 15-1, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
No. Faks    :  +603-4141 6877
E.mel     : mestremedia@gmail.com

Sebarang pertanyaan tentang Mestre Media, sila hubung terus Encik Akmal di talian 017-3325657. TK